Powered By Blogger

Wednesday, 29 August 2012

Sessi Pengenalan Team My Life Photoshoot

Nick Photoshoot

Assalamualaikum..Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Al-Hamdulillah Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayahnya blog ini dapat disiapkan bagi kemudahkan lagi saya merapatkan hubungan dengan semua selain merapatkan hubungan Islamiah diantara manusia sejagat.Terima kasih saya ucapakan kepada isteri tersayang Puan 'Afidatul Syakirah binti Hj Abdullah kerana membantu saya dalam menyiapkan blog ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat saya Saudara Sukri bin Sheikh Ibrahim atau nama manja Jamal Photoshoot dan Mohd Rosdi Shamsudin atau nama samaran Edy Era Photoshoot yang selalu bagi sokongan yang padu dalam menjayakan aktiviti setiap event yang dianjurkan termasuklah event perkahwinan, majlis anjuran sekolah dan travel.Sokongan dan semangat yang padu inilah yang membuatkan saya teruskan usaha.Blog ini juga diwujudkan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang mencari jurugambar bagi apa jua event perkahwinan atau sebagainya.Jika ada sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya nickphotoshot@gmail.com.



Jamal Photoshoot

Edy Photoshoot & Ja Putra

...Sekian Terima Kasih...

Tuesday, 23 August 2011

Majlis Sehari Bersama OUM & Jamuan Laksa

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Salam Muhibah....

Majlis Sehari Bersama OUM & Jamuan Laksa
Al-Hamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnianya dapat saya ulaskan bagi dikongsikan kepada semua.Pada 28 Julai 2011 iaitu bersamaan hari Khamis bermula pukul 9.00am-4.00pm Majlis Sehari Bersama OUM & Jamuan Laksa diadakan dan berjalan dengan lancar.Al-Hamdulillah.Bersama-sama dengan inin saya sertakan beberapa gambar yang sempat Team Non-Stop Photographer shoot ketika sessi majlis berjalan..


Pemasangan Banner Majlis Sehari Bersama OUM & Jamuan Laksa
 
 Banner Majlis Sehari OUM..Comel la kot nampak nye..
 Persiapan Untuk Jamuan Laksa..Jamal dilantik sebagai Pengurus Persiapan Tempat
 Inilah staff yang mempunyai komitmen kerja yang jitu & Mantap..
 Adik kepada Mus May sedang memberikan persembahan mantap di hari Jamuan Laksa OUM
 YBhg Prof Dato' Dr Nik Najib bin Nik Abdul Rahman merupakan tongak utama Majlis Sehari Bersama OUM dan Jamuan Laksa ini.Beliau yang banyak mengeluarkan idea bagi menjayakan Majlis ini.
 Setiap kali OUM menjayakan Majlis inilah wajah disebalik tabir yang menyediakan persiapkan yang terbaik agar majlis berjalan dengan lancar.
 Khairul Photographer ditugaskan untuk mengambil gambar semasa majlis berjalan..Tugasan ini dibantu oleh Jamal Photoshoot & Edy Era Photoshoot..
 Khairul Photographer bersama dengan En Faizal bin Hussin (Pembantu Keselamatan)

Berborak dengan Ybhg Dato' Pengarah OUM
Khairul & Edy Era
Disediakan Oleh: Khairul Photographer @ Non-Stop Photographer..

Team Non Stop Photographer Ketika Jamuan Makan Tengahari Sempena Kenaikan Pangkat Pengarah OUM

Assalamualaikum...

Tugasan yang Team Non Stop Photographer terima sebelum bulan puasa iaitu Jamuan Makan Tengahari di Ritz Restoran sempena Kenaikan Pangkat Pengarah OUM Kelantan Prof Dato' Dr Nik Najib bin Nik Abdul Rahman.Jamuan ini disertai oleh semua kakitangan Open University Malaysia dan family kakitangan.Didalam majlis ini banyak la makan-makan yang sempat di snap untuk dikongsikan bersama..Hehehehe...




 Team Non-Stop Photographer bersama En Faizal Husien (Pembantu Keselamatan OUM)

Inilah saat sebelum makan berkongsi cerita gosip hangat Tanah air 

 Prof Dato' Nik bersama Datin dan ahli-ahli sedang berborak ceria

Khairul Photoshoot bersama Isteri dan anak ketika di Majlis Jamuan itu..

 Antara makan-makan yang terhidang dalam Jamuan itu..Wow..best..

 Sempat lagi Edy Era..Mahu jadi Kassim Selamat ko bro..

 Seleranya En Alwi Hassan (Penyelia Pembantu Am) makan..Kongsi la dengan I boboi..hehehe

 Jamal Photoshoot bersama En Azri Abdullah (staff OUM) setelah kenyang makan..

 Pasangan Pengantin Baru (En Fadli Nawawi & Nur Firdausi Alias) Semoga berbahagia daripada Team Non-Stop Photographer

Banyak betul gambar korang posing ya..Jamal pun nak ambik berkat kahwin dah tu..
Inilah antara gambar-gambar yang dihimpunkan sempena Majlis Jamuan Sempena Kenaikan Pangkat Pengarah OUM Prof Dato' Dr Nik Najib bin Nik Abdul Rahman..


Disediakan oleh: Khairul Photographer @ Team Non-Stop Photographer.

Thursday, 16 June 2011

Tugasan Terbaru Team Mylife Photoshoot di Kuala Muda Kedah

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...

Tugasan terbaru yang Team Mylife Photoshoot dapat di Kuala Muda Kedah bagi Majlis Akad Nikah En Mohd Faizul Afzan bin Mamat dan bakal Isterinya Cik Nadiah binti Yusoff yang akan diijabkabulkan pada hari Sabtu 18 Jun 2011 di Masjid Kuala Muda Kedah.En Mohd Faizul Afzan bin Mamat merupakan abang ngah kepada Nick Photoshoot @ Lengkuas Photograhfy.Untuk pengetahuan semua rombongan akan bertolak pada hari Jumaat pukul 8.00 am di Kampung Jelawat Bachok Kelantan..Oleh yang demikian pihak Team Mylife Photoshoot mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada bakal Pengantin iaitu Mohd Faizul Afzan bin Mamat dan Nadiah binti Yusoff.Gambar-gambar majlis akad nikah ini akan diupload bermula sabtu petang...

 Pengantin Dijabkabulkan di Masjid Kuala Muda

 Taklid Nikah Saudara Mohd Faizul Afzan

 Pembatalan Air Sembahyang

 Saat Bersama

 

 Bersama Semua Family Pengantin

Selesai Majlis Akad Nikah


.................................................................................................................
Selesai majlis...


Disediakan Oleh: Mylife Photoshoot......

Monday, 6 June 2011

Crew My Life Photoshoot di Kampung Pulau Lima Pasir Puteh



Assalamualaikum...

Al-Hamdulillah Selesai juga sessi photoshoot dikampung Pulau Lima Pasir Puteh dirumah En Syazani dan Puan Nurul Nadiah didalam Majlis Menyambut Menantu 4 Jun 2011.Aturcaranya bermula pada awal pukul 11.30pg bertolak dari rumah Pengantin Perempuan di Kampung Surau Pasir Puteh. Suasana pada hari itu amat panas.Oleh kerana Team My Life Photoshoot mempunyai 5 tempat yang perlu diselesaikan sessi photoshoot maka Nick Photoshoot mengambil tempat di rumah En Syazani dan Nurul Nadiah.Antara gambar-gambar yang sempat Nick Photoshoot upload dalam blog ini.........

 Sessi Photoshoot bersama Pengantin Perempuan



Akan diupdate lagi selepas ini........

Disediakan Oleh: Mylife Photoshoot......

Wednesday, 1 June 2011

Team My Life Photoshoot ke Majlis Perkahwinan En Fadli & Puan Fify


 Majlis Perkahwinan En Fadli Nawawi & Puan Firdausi Alias
30 May 2011

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Team kami Mylife Photoshoot ke Majlis Perkahwinan En Fadli Nawawi (E'raz Fadli) dan Puan Firdausi (Fify) di Kampung Senang Kota Jembal Kota Bharu.Kami berkumpul di Pusat Pembelajaran Kelantan Open University Malaysia untuk ke Rumah Pengantin.Disebabkan perjalanan kami diwaktu orang baklik kerja maka team kami konvoi dengan menaiki motorsikal..Hehehhe..Satu pengalaman  menarik jugak tu..

Crew Team MyLife Photoshoot bersama dengan Pengantin Baru (En Fadli Nawawi)


Antara gambar yang sempat Crew Team My Life Photoshoot Snap...

Pasangan ini ibarat pinang dibelah dua..Semoga pasangan ini kekal sepanjang hayat.
Jamal Photoshoot bersama Pengantin Lelaki.Ambik berkat katakan..hehehe

Waduh Edy & Jamal control macho nampak..Hehe..Suasana dirumah pengantin cukup meriah..


Inilah gambar yang dikatakan pasangan ini comel dan secocok..


Tahniah la diucapkan kepada Pengantin Baru kita En Fadli Nawawi dan Puan Firdausi Alias.Pihak Team Mylife Photoshoot mendoakan agar hubungan kalian semua kekal sepanjang hayat dan diberkati Allah S.W.T.

Oppss...Terlupa gambar Pengantin Lelaki dan Adik Bongsunya....
Sekian terima kasih....


Disediakan Oleh: Nick Photoshoot


Monday, 30 May 2011

Nick Photoshoot Berkursus Di Pusat Pembelajaran Shah Alam Open University Malaysia

Kursus Motivating Employee For Higher Productivity

Pada 27-28 Mac 2011 aku telah dihantar Kursus Motivating Employee For Higher Productivity di Pusat Pembelajaran Shah Alam Selangor.Aku merupakan wakil tunggal dari Pusat Pembelajaran Kelantan.Pada awalnya aku amat berdebar kerana kursus merupakan kursus motivating.Tetapi Al-Hamdulliah Kursus ini boleh dikatakan enjoy dan happy la sebab semua yang terlibat spoting dan memahami situasi dan saling bertukar pendapat.Ceritanya bermula disini.........

Negeri Selangor Darul Ehsan
Kumpulan Suka-Suka adalah kumpulan Nick Photoshoot yang mana mempunyai 5 orang ahli pasukan antaranya Saudara Omar, Fairuz,Saudari Erna,Julie,Huda dan Mia.Team Suka-Suka ini adalah satu kumpulan yang bole dikatakan team yang spoting dan mudah untuk bekerjasama dalam satu pasukan.Dalam kumpulan ini Saudara Omar merupakan tunjang utama dalam Team Suka-Suka kerana Saudara Omar seorang yang friendly dan mempunyai idea yang mantap dan terbaik dari ladang..


Ernawati merupakan staff dari PP Green Hill Perak dan Huda dari PP Negeri Sembilan.Ketika kursus ini aku bertukar pendapat dengan Huda dan Erna kerana mereka semua juga bekerja di Pusat Pembelajaran dan dah mengetahui suasana dan masalah ketika berurusan dengan Pelajar di OUM.Tetapi banyak idea yang bagus dikongsi oleh mereka berdua.

Ini adalah Saudara Omar dan nama penuhnya Mohd Omar bin Tan.Beliau merupakan staff di Unit Kemasukan dan Rekod di OUM Induk.Dalam kursus ini banyak la idea yang dikongsikan oleh saudara Omar kepad semua ahli Team Suka-Suka.


Antara aktiviti ketika sessi kursus diadakan.Nampak senang tapi susah.Aktiviti ini adalah untuk memastikan kerjasama antara kumpulan.Aktiviti ini adalah menghantar gelong ini kepada semua ahli kumpulan tanpa melepaskan tangan yang telah dipegang,Banyak la cara-cara dikeluarkan bagi memastikan gelong ini dapat dipindahkan,Ada yang masuk kaki dalam gelong dan banyak lagi..Tapi yang perting kursus ini boleh dikatakan enjoy dan sesuai untuk hilangkan tekanan.


Group Staff Perempuan Menjalani Aktiviti ini.


Disediakan Oleh: Mylife Photoshoot......